Cari @ Amanz

Salah satu cara untuk memastikan komputer-komputer riba anda kekal berfungsi secara optimum ialah untuk mengambil masa dan membersihkan komputer riba anda secara fizikal dan digital tiap-tiap beberapa bulan.

MSI Malaysia baru-baru ini memperkenalkan semula program pemeriksaan kesihatan laptop mereka yang kini dinamakan MSI Cares For You.

Pusat-pusat perkhidmatan pelanggan MSI akan memberi para pelanggan yang menggunakan komputer riba MSI perkhidmatan pembersihan percuma dimana pelanggan hanya perlu menetapkan tarikh menghantar masuk komputer-komputer riba terpilih untuk membersihkan sistem penyejukan komputer riba tersebut.

Komputer-komputer riba terpilih yang boleh dihantar masuk adalah seperti:

  • MSI GT
  • MSI GS
  • MSI GE
  • MSI GP
  • MSI Alpha 15
  • MSI Workstation
  • MSI P75
  • MSI P65
  • MSI Prestige 14
  • MSI Prestige 15
  • MSI PS63
  • MSI PS42

Perkhidmatan ini akan bermula dari 20 Julai hingga 31 Julai kelak. Pusat servis pelanggan MSI Highpoint Service di sekitar Malaysia akan bertanggungjawab untuk promosi penyelenggaraan ini.

Pelanggan MSI boleh melayari laman web MSI Cares For You untuk butiran lebih lanjut untuk cara-cara menempah masa untuk menghantar komputer riba MSI mereka untuk dibersihkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd