Carian
Huawei Academy Dilancarkan – Akses 300 Video Tutorial Pelbagai Topik Dari Peranti Huawei
July 20, 2020 Effi Saharudin

Aplikasi Huawei Video menjadi alternatif kepada YouTube pada peranti Huawei. Antara perkara yang membuatkan YouTube menarik bagi pengguna ialah ribuan video tutorial untuk melakukan perkara asas seperti menukar mentol hingga perkara lebih kompleks seperti membaiki mesin sejuk. Hari ini Huawei Academy telah dilancarkan dan ia menawarkan pelbagai tutorial percuma kepada pengguna peranti Huawei.

Sebanyak 300 video boleh ditonton menerusi aplikasi Huawei Video. Ia menampilkan 22 pakar di dalam subjek seperti pendidikan, hiburan dan sukan. Subjek yang disentuh pula adalah seperti asas bermain badminton dan teknik mengarah. Sebahagian besar video dirakam menggunakan kamera 360 darjah. Penonton bebas memilih bahagian video mana yang ingin dilihat.

Turut diumumkan ialah pengguna yang membeli peranti siri P40, Nova 7 dan MatePad akan menerima langganan Huawei Video percuma selama tiga bulan. Kepada pengguna peranti Huawei di Malaysia, Huawei Academy boleh diakses menerusi pautan di bawah.

Komen