Carian
Vivo X50 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2399
July 20, 2020 Aman

Vivo X50 merupakan salah satu siri peranti terbaru daripada Vivo yang bakal dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi. Vivo menjadualkan pelancaran rasmi Vivo X50 dan Vivo X50 Pro secara rasminya esok 21 Julai 2020.

Menariknya, hari ini pihak Vivo turut telah mengumumkan akan mengambil pra-tempahan melalui laman Lazada, dan menyenaraikan telefon pintar mereka pada harga bermula RM2399.

Vivo X50

Perkara ini, sekaligus memberikan petanda yang mana Vivo X50 akan ditawarkan pada harga bermula RM2399 di Malaysia, sementara harga untuk Vivo X50 Pro masih tidak diketahui lagi.

Melaliui penyenaraian di Lazada, Vivo X50 untuk model tempatan bakal hadir dengan memori 8GB RAM dan storan 128GB.


Telefon pintar ini akan dilengkapi bateri 4200mAh, kamera hadapan 32-megapixel, dan empat kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel. Ia turut dijangka menyertakan skrin dengan kadar segar semula 90Hz.

Dengan pengumuman ini, kita mungkin akan melihat pengenalan harga untuk Vivo X50 Pro secara rasminya esok, yang mungkin berharga sedikit tinggi berbanding versi biasa ini.

Komen