Ramai yang menjangkakan Samsung Galaxy Z Flip 5G akan diperkenalkan seiring dengan siri Samsung Galaxy Note20 di acara Galaxy Unpacked 2020 pada 5 Ogos ini. Namun begitu, jangkaan awal tersebut tenyata meleset selepas tersebarnya poster acah yang mendedahkan peranti ini akan muncul secara rasmi di China pada 22 Julai ini.
Samsung Galaxy Z Flip 5G merupakan pengganti baru untuk Samsung Galaxy Z Flip versi standard yang dijanakan oleh Snapdragon 855+ sebelum ini. Samsung Galaxy Z Flip 5G juga menerima penambahbaikan lebih baik melalui penggunaan cip Snapdragon 865+, selain turut dihiasi dengan varian warna menarik iaitu Mystic Bronze.
Selain itu, sejumlah spesifikasi lain seperti RAM, storan, kamera, dikatakan masih sama seperti pendahulunya. Cuma, dimensinya dikatakan 0.5mm lebih tebal dan 0.1mm lebih tinggi. Untuk ketahui lebih lanjut, kita nantikan perasmian rasmi kelak.