Carian
Asus ROG Phone 3 Dijangka Memasuki Malaysia Seawal Pertengahan September
July 20, 2020 Aman

Asus ROG Phone 3 merupakan telefon pintar permua yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Buat masa ini, beberapa informasi awal telah kedengaran, termasuk disahkan bakal hadir dengan cip Snapdragon 865+.

Telefon pintar ini akan dilancarkan secara rasminya pada minggu ini, dan menariknya kini kami telah mendapat pengesahan daripada pihak Asus Malaysia, mengatakan ROG Phone 3 akan memasuki pasaran Malaysia seawal pertengahan September 2020 ini.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Berkemungkinan harga jualannya adalah sekitar harga jualan ROG Phone 2 sebelum ini, dan beberapa model dijangka ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran globalnya terlebih dahulu untuk mengetahui lanjut mengenai telefon pintar ini. Variasi ROG Phone 3 Strix juga dijangka akan memasuki pasaran tempatan dengan spesifikasi sedikit rendah.

Komen