Samsung Galaxy Z Fold 2 akan dilancarkan pada 5 Ogos hadapan serentak dengan Galaxy Note20. Terdapat pelbagai spekulasi mengenai rekaannya didengari sejak setahun yang lalu. Hari ini sebuah imej telah dikongsi oleh @UniverseIce yang menurut beliau ialah Samsung Galaxy Z Fold 2.
Imej pengolokan yang dikongsi adalah agak kabur tetapi masih menunjukkan skrin luaran yang jauh lebih besar berbanding pada Galaxy Fold asal. Turut dapat dilihat ialah bonggol kamera utama yang besar, lubang kamera pada skrin luaran dan tiada lagi takuk besar pada skrin dalaman boleh lipat.
Kerana kualiti imej yang rendah, sukar untuk mengesahkan ini ialah imej pengolokan asli. Tetapi dengan tarikh pelancaran yang tinggal beberapa minggu sahaja lagi, kesahihan akan diketahui dalam tempoh terdekat.