Carian
China Mungkin Bertindak Ke Atas Nokia Dan Ericsson Sekiranya EU Menghalang Huawei
July 21, 2020 Aman

Melalui laporan terbaru yang hadir hari ini, ia diperkatakan yang mana China mungkin mengambil tindakan balasan terhadap Nokia dan Ericsson sekiranya EU (European Union) mengharamkan Huawei sepertimana dilakukan oleh Amerika Syarikat dan UK.

Menurut WSJ, ia diperkatakan yang mana China mungkin melihat kepada pengenalan kawalan eksport – yang mana mungkin menghalang Nokia dan Ericsson daripada menghantar produk yang dibuat di China ke negara lain.

Buat masa ini, Amerika Syarikat dilihat mengatakan menghalang Huawei daripada pembangunan rangkaian di negara berkenaan – memetik ia adalah berkaitan dengan sekuriti. Namun, pihak Huawei sebelum ini sedia membalas meminta bukti ditunjukkan apakah perkara berkaitan sekuriti berkenaan – yang masih belum dilakukan sehingga kini.

Komen