Samsung hari ini melalui Dr. TM Roh telah berkongsi mengatakan Samsung bakal memperkenalkan sehingga lima peranti baru pada acara Unpacked 2020 yang dijadualkan pada bulan Ogos 2020 ini.
Samsung mengatakan mereka kini lebih mengambil risiko pada era norma baharu, dan bergerak pantas ke hadapan. Berbanding menantikan yang lain, Samsung mengatakan mereka kini menetapkan apakah seterusnya dalam industri ini.
Lima peranti yang bakal diperkenalkan ini dijangka akan memudahkan lagi kehidupan ketika era norma baharu. Ini termasuk telefon pintar, peranti berbentuk fon telinga, dan juga peranti yang dipakai pada pergelangan tangan.
Samsung mengatakan mereka telah membuat pelaburan tinggi dalam penyelidikkan sejak enam bulan lepas, dan hadir dengan pelbagai penyelesaian sejak daripadanya – termasuk dari segi menambah-baik sokongan panggilan video dan membantu pekerja barisan hadapan.
Samsung juga turut menyentuh mengatakan mereka telah sedia memperluaskan ekosistem Galaxy dengan bekerjasama bersama yang lain – termasuk Google untuk mengoptimasikan panggilan video, selain Microsoft untuk memudahkan perkongsian antara telefon pintar dan komputer. Ia juga dijangka diperluaskan dengan kerjasama bersama pihak Xbox.
Samsung Galaxy Unpacked seterusnya dijadualkan pada 5 Ogos 2020 ini, dimana Samsung Galaxy Note 20 dan juga Galaxy Fold dijangka akan mencuri perhatian ramai ketika acara berkenaan.