Realme C15 Dengan Bateri 6000mAh Akan Tiba Pada 28 Julai Ini

Realme C15 Dengan Bateri 6000mAh Akan Tiba Pada 28 Julai Ini

Diterbitkan pada July 21, 2020 oleh .

Realme sekali lagi melangkau penjenamaan dengan bakal memperkenalkan Realme C15 selepas Realme C11. Inilah rupa-rupanya peranti dengan bateri 6,000mAh yang digoda oleh Realme Indonesia sebelum ini.

Memetik poster acah yang dikongsi, Realme tidak sekadar berkongsi tarikh pelancaran sebaliknya, reka bentuk penuh peranti juga turut diperlihatkan dengan kemasan dua warna. Realme C15 dilihat membawakan paparan bertakuk kecil untuk kamera swafoto.

Panel belakang membawakan sokongan empat kamera utama bersama pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat. Poster turut memperlihatkan bateri peranti ini akan disokong pengecasan pantas 18W. Spesifikasi lain masih belum dikongsi.



Paling Popular