LG Dijangka Memperkenalkan Kaca Mata Pintar AR Seawal Tahun Hadapan
LG

LG Dijangka Memperkenalkan Kaca Mata Pintar AR Seawal Tahun Hadapan

Diterbitkan pada July 21, 2020 oleh .

Dengan perkembangan yang hampir mendatar dalam arena telefon pintar, kini pelbagai syarikat mula melihat kepada penawaran peranti pintar yang lain untuk terus memudahkan pengguna untuk kekal berhubung. Salah satu arena yang dilihat adalah kaca mata pintar dengan penyertaan kandungan realiti-terimbuh.

Beberapa syarikat seperti Apple dan Huawei telah mula melihat ke arena berkenaan. Terbaru, LG turut dikatakan sedang melihat ke arena yang sama.

Melalui laporan terbaru, LG dikatakan bekerjasama dengan pihak NTT Docomo dalam pembangunan kaca mata pintar – dan telah pun sedia membangunkan prototaip. Kedua-dua syarikat dijangka akan memperkenalkan penawaran mereka seawal tahun hadapan.

LG diperkatakan telah melihat ke arena kaca mata pintar AR ini sejak 2018 yang lepas. Ia diperkatakan kaca mata pintar ini akan memfokuskan kepada rekaannya yang ringan – dimana beratnya dikatakan kurang daripada 80g.

Buat masa ini, info penuh mengenai penawaran kaca mata pintar ini masih tidak diketahui lagi. Sekiranya tepat ia akan dilancarkan pada 2021 kelak, maka kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa beberapa bulan lagi.



TIPS & ULASAN