Chrome Kelak Boleh Menjadualkan Waktu Untuk Melakukan Memuat Turun

Chrome Kelak Boleh Menjadualkan Waktu Untuk Melakukan Memuat Turun

Diterbitkan pada July 21, 2020 oleh .

Kalau kita perasan, buat masa ini Google Chrome hanya menawarkan sejumlah pilihan untuk proses muat turun yang terhad. Antaranya, kita hanya ada pilihan untuk memilih lokasi fail ataupun membuat memuat turun melalui Wi-Fi.

Bagaimanapun, Google nampaknya akan meluaskan lagi pilihan ini dengan menambah fungsi penjadualan pula. Melaluinya, kita boleh membuat penjadualan dengan tiga pilihan waktu untuk muat turun. Antaranya, muat turun serta merta, muat turun menggunakan Wi-Fi atau muat turun berjadual dengan tetapan masa serta tarikh.

Fungsi ini secara tidak langsung dapat membantu kita mengurus proses muat turun dengan lebih baik seperti hanya melakukannya apabila mengesan WiFi di rumah sekaligus mengelakkan kuota data selular digunakan tanpa disedari. Pun begitu, ia masih lagi dalam pembangunan dan belum diketahui bilakah fungsi ini akan diperkenalkan secara meluas.



TIPS & ULASAN