Snap Minis Diperkenalkan – Aplikasi Mini Diakses Dari Dalam Snapchat

Snap Minis Diperkenalkan – Aplikasi Mini Diakses Dari Dalam Snapchat

Diterbitkan pada July 21, 2020 oleh .

Seperti Instagram, Snapchat juga antara sebuah aplikasi multimedia yang terkenal dengan penggunaan penuras comel yang menyeronokkan. Kini, Snapchat memperluaskan lagi cirinya dengan memperkenalkan satu set aplikasi ringkas, Snap Minis bertujuan memudahkan pengguna membuat pelbagai tugas dari dalam aplikasi Snapchat itu sendiri.

Empat aplikasi mini yang boleh diakses pengguna global hari ini ialah Headspace – perkhidmatan meditasi, Flashcards – perkongsian untuk mentelaah nota pembelajaran, Prediction Master – aplikasi membuat ramalan mengenai topik serta trend dan Let’s Do It – perkhidmatan pemesejan yang memudahkan keputusan diambil bersama sekumpulan rakan.

Kalau perasan, ciri ini adalah seakan sama seperti aplikasi Wechat,  membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugas dari dalam satu aplikasi utama.



TIPS & ULASAN