Cari @ Amanz

Google sering hadir dengan pelbagai kemas kini yang berguna untuk para pengguna. Sebelum ini, Google ada mengatakan bahawa mereka bakal membawakan kemas kini tab Google Meet khusus untuk iOS dan Android. Minggu lalu mereka telah mengaktifkan fungsi ini pada peranti iOS dan kini giliran pengguna Android pula untuk menggunakannya.

Melaluinya, pengguna kini boleh menyertai sebarang persidangan video Google Meet terus dari dalam Gmail. Dalam erti kata mudah, ia sebagai jalan pintas untuk mengakses ke Google Meet. Untuk versi web, fungsi ini akan ditunjukkan pada bar di sisi. Manakala, versi peranti mudah alih pula akan terdapat pada tab baru di bahagian bawah.

Fungsi ini tersedia secara lalai selepas pengguna mengemas kini aplikasi Gmail mereka dan boleh didapati oleh semua pengguna Google. Fungsi ini juga boleh disembunyikan dengan menyahaktifkannya menerusi tetapan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd