Cari @ Amanz

Di dalam dunia komik, Adamantium ialah logam fiksyen yang tidak boleh dipotong kerana adalah logam yang paling keras di dunia. Tetapi di dunia sebenar Adamantium yang menyalut tubuh adiwira Wolverine tidak wujud tetapi sebuah logam baharu telah berjaya dihasilkan dengan kemampuan yang hampir sama.

Proteus ialah logam yang dihasilkan oleh Durham University di Ireland dan Fraunhofer Institute Jerman. Ia kalis potongan yang menjadikannya bahan yang terbaik untuk digunakan pada manga pintu, palang penjara, kunci basikal dan baju kalis peluru. Kemampuan kalis potongan Proteus dicapai dengan meletakkan bebola seramik di dalam logam aluminium.

Apabila Proteus cuba dipotong, bilah gergaji akan ditumpulkan oleh bebola seramik yang dibenamkan. Lubang yang dihasilkan kemudian akan diisi semula oleh serbuk seramik. Semakin banyak serbuk seramik, semakin sukar untuk Proteus dipotong. Ia turut didapati kalis pemotong air jet yang digunakan oleh industri.

Dengan kata lain Proteus mengelakkan dirinya dari dipotong dengan menumpulkan bilah pemotong alat yang digunakan dengan serbuk yang terhasil semakin menyukarkan proses pemotongan. Menurut penyelidik yang menghasilkan Proteus, ini ialah bahan buatan pertama manusia yang kalis dipotong.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd