Haylou adalah jenama baru di bawah naungan Xiaomi yang dijual di laman Youpin. Mereka mempunyai banyak TWS dan juga ada jam penjejakan kesihatan. Terkini, mereka telah mengumpul dana untuk TWS baru yang berharga RMB279 iaitu sekitar RM170 – Haylou T16 TWS. Ia adalah TWS termurah di pasaran dengan pembatalan hingar aktif.
Haylou T16 TWS ini mempunyai tiga mod berbeza iaitu Transparent, Noise Cancellation, dan Outdoor yang mana menggunakan dua mikrofon dan sentiasa aktif dan memantau untuk mengurangkan hingar sehingga 35dB. Setiap mod juga berbeza dengan fokus tertentu, seperti Noice Cancellation untuk mendengar muzik di kawasan ramai orang, Outdoor memfokuskan membuang bunyi angin dan Transparent untuk mendengar bunyi persekitaran.
TWS ini menggunakan Bluetooth 5.0, voice coil CCAW yang hanya ada di TWS mahal, penalaan acoustic golden curve untuk muzik berkualiti tinggi dan mod masa pendam rendah untuk permua. Ia juga menggunakan USB-C dan turut menyokong pengecasna nirwayar. Bateri pula adalah 600mAh, menjanjikan ketahanan bateri 6 jam pada sekali penggunaan dan boleh mencapai 30 jam dengan kerangka pengecas.