Nombor Model Google Pixel 4a 5G Tertiris – Dijana Snapdragon 765G?

Nombor Model Google Pixel 4a 5G Tertiris – Dijana Snapdragon 765G?

Diterbitkan pada July 21, 2020 oleh .

Google Pixel 4a akan dilancarkan pada bulan Oktober ini, itu pun jika tidak ditunda lagi. Ia adalah pengganti kepada Pixel 3a yang mana merupakan peranti kelas pertengahan popular dengan kemampuan kamera yang hebat. Nombor model Pixel 4a ini dilihat adalah G025J/G025N/G025M yang mana dilaporkan akan dijana Snapdragon 730, 4G, skrin 5.81″ OLED FHD+, memori 6GB RAM, storan sehingga 128GB, kamera utama 12.2-Megapixel, kamera swafoto 8-Megapixel dan bateri sebesar 3080 mAh.

Tetapi dalam laporan Android Authority, terdapat Pixel 4a dengan nombor model Google G025E yang disenaraikan untuk menyokong rangkaian 5G melalui pelan telco di Amerika Syarikat. Disebabkan Snapdragon 730 tidak menyokong 5G, ada kemungkinan besar variasi ini akan dijana Snapdragon 765G.

Ini bermakna, ada kemungkinan besar juga yang Pixel 5 yang dikatakan adalah Snapdragon 765G mungkin salah. Ramai sangkakan peranti selepas Pixel 4a (4G) adalah Pixel 5 kerana laporan dakwa tiada Pixel 4a XL, jadi mereka membuat sangkaan yang ia adalah peranti mercu seterusnya. Disebabkan kini ada bukti peranti 5G baru dari Google selepas Pixel 4a, iaitu Pixel 4a 5G – Pixel 5 mungkin akan kekal sebagai peranti mercu dan rekaan yang tertiris sebelum ini hanyalah Pixel 4a 5G bukannya Pixel 5.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN