Cari @ Amanz

Sehingga hari ini, sudah bebulan lamanya ujian saringan Covid-19 mengambil masa yang lama untuk mengenalpasti seseorang itu positif ataupun tidak. Ada banyak teknologi telah dihasilkan dan jalan penyelesaian lain, tetapi ia tidak meluas atau hanya dalam ujian sahaja. Walaupun Malaysia sudah berada di fasa PKPP, Covid-19 masih belum reda dan jangkitan virus ini masih meluas.

Terkini pasukan penyelidik IEEE Raghu Mudumbai, Xiaodong Wu, Weiyu Xu, dan calon Ph.D. Jirong Yi telah menemui jalan penyelesaian untuk membuat ujian saringan ini dengan lebih pantas melalui teknik pemampatan pengesanan – iaitu sejenis teknik memproses-signal. Teknik ini akan menggunakan algoritma tersendiri yang mana membina semula signal dari beberapa sampel dan penggunaan sampel adalah kecil sahaja, seperti menggunakan sampel najis.

Awalnya mereka menggunakan mesin qPCR (tindak balas rantai polimerase kuantitatif) atau dPCR (tindak balas rantai polimerase digital) dengan mengesat nasal. Tetapi ia mengambil beberapa jam dan tempoh yang lama. Hanya selepas itu, mereka mendapati dengan menggunakan sampel najis – mesin qPCR dan dPCR ini tidak perlu diubah dan data yang diingini masih boleh diperoleh.

Teknik ini juga membolehkan banyak sampel diuji serentak dan masih mendapat keputusan dan tidak lagi memerlukan ujian secara individu. Pertama, mereka mengambi sampel A dan sampel B gabungkan dan keputusan adalah negatif bermakna individu tersebut bebas Covid-19. Kedua, sampel B dan sampel C digabungkan dan mendapat keputusan positif – ini memberi maksud individu C positif Covid-19 kerana sampel A dan B tadi adalah negatif.

Buat masa ini, mereka masih lagi menguji untuk memastikan data yang diperoleh adalah jitu dan boleh digunakan. Sasaran mereka adalah dalam masa enam bulan, teknik ujian ini akan diperkenalkan secara rasmi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd