Cari @ Amanz

Adakah anda memerlukan papan kekunci TKL dengan sokongan RGB dan pada waktu yang sama menyokong tambatan secara nikrwayar? Hari ini ialah hari bertuah untuk anda kerana Asus ROG Falchion telahpun dilancarkan.

Papan kekunci nirwayar ini dilengkapi dengan 64 butang kekunci mekanikal Cherry MX untuk pengalaman menaip yang terbaik. Setiap kekunci juga dilengkapi sistem lampu LED tersendiri yang boleh diselaraskan menerusi sistem Aura Sync. Menurut Asus, ROG Falchion boleh digunakan secara berterusan selama 400 jam sekiranya sistem lampu RGB dimatikan.

Akhir sekali pada sisi kiri terdapat pada sesentuh yang boleh diprogramkan untuk mengawal tetapan peranti ataupun tahap kelantangan audio. Pada waktu ini tarikh jualan dan harga ROG Falchion masih lagi belum diketahui. Tetapi dengan saiznya yang padat, ia mampu memberikan saingan kepada papan kekunci Razer Hunstman Mini yang berwayar dan tidak dilengkapi suis mekanikal sebenar.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd