KaiOS adalah sistem operasi untuk telefon bimbit yang disokong oleh Google. KaiOS adalah satu-satunya telefon bimbit dengan beberapa aplikasi Google terbina seperti Google Map, YouTube dan Google Assistant. Terkini, Google telah mengemaskini aplikasi Google Assistant mereka pada KaiOS untuk membawakan sokongan Google Lens secara terbina.
Walau bagaimanapun, fungsi Google Lens yang diperkenalkan adalah terhad sama sekali. Ia hanya boleh digunakan untuk membuat penterjemahan bahasa English, Hindi, Bengali, Telugu, Marathi, Tamil, dan kelak Kannada & Gujarati. Melalui kemaskini ini, ia membenarkan pengguna-pengguna peranti KaiOS yang mana banyak dipasarkan di negara-negara membangun – mudah melalukan perbagai tugasan lebih-lebih lagi menterjemah papan tanda, surat dan banyak lagi.
Teknik penterjemahan pada KaiOS ini adalah dengan mengambil gambar, crop dan sistem Google akan mengenalpasti bahasa dan membuat penterjemahan secara automatik. Walau bagaimanapun, Google tidak menyatakan sama ada fungsi ini boleh digunakan secara luar talian atau tidak atau memerlukan sambungan Internet untuk menggunakannya.