Cari @ Amanz

Netflix dilihat memperkenalkan pelbagai pelan langganan untuk perkhidmatan penstriman video mereka dimana pelbagai jenis pengguna boleh memilih untuk menstrim pada resolusi 4K dengan HDR ataupun pada peranti-peranti pintar mereka sahaja.

Baru-baru ini, Netflix dilihat memperkenalkan sebuah pelan langganan baru yang dinamakan Mobile+ yang sedikit berbeza dengan pelan Mobile sahaja yang diperkenalkan sebelum ini.

Dengan pelan Mobile+, resolusi penstriman ditingkatkan kepada High Definition (720p), dan selain daripada peranti pintar, pengguna boleh menonton siri televisyen dan filem daripada komputer ataupun komputer riba mereka juga.

Ini berbeza dengan pelan Mobile dimana pengguna hanya boleh menstrim video pada resolusi 480p menggunakan peranti pintar sahaja.

Pelan Mobile+ ini ditetapkan pada harga 349 rupee ataupun sekitar RM16. Seperti yang dikatakan, pelan ini hanya diuji di negara India sahaja buat masa ini, dan ia tidak diketahui jika ia akan tiba untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd