Samsung Galaxy A01 Core Diperkenalkan Dengan Android 10 (Go Edition) 

Samsung Galaxy A01 Core Diperkenalkan Dengan Android 10 (Go Edition) 

Diterbitkan pada July 21, 2020 oleh .

Samsung dalam diam-diam dilihat muncul dengan sebuah lagi peranti kelas permulaan menerusi pengenalan Samsung Galaxy A01 Core. Peranti ini hadir dengan spesifikasi asas, seperti paparan dengan resolusi HD+, kamera utama tunggal dan menjalankan perisian Android 10 (Go Edition).

Samsung Galaxy A01 Core membawakan paparan berukuran 5.3-inci PLS TFT LCD HD+ dan tiada rekaan skrin bertakuk yang disertakan. Tunjang utama peranti menggunakan cip pemproses Mediatek MT6739, memori 1GB RAM dan storan sehingga 32GB. Sebagai tambahan, ia juga menyokong slot mikroSD yang boleh dikembangkan sehingga 512GB.

Melengkapi peranti adalah kamera utama tunggal 8-Megapixel f/2.2, kamera swafoto 5-Megapixel f/2.4 dan bateri berkapasiti 3,000mAh.
Sebagai pilihan, Samsung Galaxy A01 tersedia dalam tiga warna menarik seperti Blue, Black dan Red. Peranti ini ditawarkan pada harga IDR 999,000 (~RM288).



TIPS & ULASAN