Cari @ Amanz

OnePlus sebentar tadi telah melancarkan OnePlus Nord, iaitu peranti kelas pertengahan kedua mereka setelah sekian lama memfokuskan peranti mercu. Bersama-sama dengan Nord, OnePlus turut melancarkan TWS pertama mereka, OnePlus Buds.

OnePlus tidak asing dengan pengeluaran aksesori audio, sejak dari zaman OnePlus One lagi. Kerjasama dengan JBL, OnePlus Icon, OnePlus Bullets, Bullets v2, Bullets Wireless dan banyak lagi. Melalui OnePlus Buds ini, OnePlus hanya memfokuskan kepada jenis TWS yang asas tanpa sebarang fon telinga silikon atau pembatalan hingar.

OnePlus Buds menggunakan pemacu audio 13.4mm, Bluetooth 5.0, USB-C, bateri 35mAh pada setiap fon telinga, 420mAh pada kerangka pengecasan, ketahanan bateri sehingga 30 jam dan menyokong pengecasan pantas. Ia juga mempunyai kawalan sentuhan, mod masa pendam rendah untuk permua serta menyokong audio dari Dolby Atmos.

OnePlus Buds juga menyokong kalis air IPX4 dan tambatan pantas Google, Fast Pair. TWS ini ditawarkan dalam warna putih, kelabu, dan Nord Blue pada harga $79 (~RM337).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd