Spotify Mengumumkan Sokongan Podcast Berasaskan Video

Spotify Mengumumkan Sokongan Podcast Berasaskan Video

Diterbitkan pada July 22, 2020 oleh .

Spotify hari ini telah mengumumkan yang mana kini mereka telah mula menambah sokongan podcast dalam bentuk video pada platform mereka. Dengan langkah ini, selain hanya mengikuti kandungan audio sahaja sebelum ini, kini pengguna turut boleh menikmati kandungan video melaluinya.

Menurut Spotify, pengguna boleh mendengar podcast seperti biasa, atau mengubah bentuk tontonan kepada video sekiranya ingin menonton video perbincangan berkenaan. Kandungan video ini boleh dinikmati oleh pengguna versi percuma mahupun berbayar.

Buat masa ini, hanya muat-turun berbentuk audio sahaja disokong untuk dimainkan secara luar-talian, dan tiada sokongan untuk muat-turun video.

Saluran yang menyokong podcast berbentuk video ini masih terhad, dan dijangka akan diperluaskan kepada lebih ramai tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN