Sejak kebelakngan ini, pengeluar komputer riba sedang bereksperimen dengan produk dwi-skrin seperti MacBook Bro dengan touchbar tetapi menggunakan skrin lebih besar. Salah satunya adalah Asus melalui ZenBook Duo Pro atau juga akan datang Surface Neo dari Microsoft yang menjalankan Windows 10X. Jika Windows ada komputer riba dwi-skrin, kenapa tidak Chrome OS? Ya, Google dilihat sedang menguji kebolehan Chrome OS yang dijalankan pada komputer riba dwi-skrin.
Informasi ini diperoleh dari beberapa kod pembangunan Chrome OS yang menjelaskan keboleh dijalankan pada komputer riba seakan Asus ZenBook Duo Pro. Satu skrin besar seperti komputer riba biasa dan satu skrin lebih kecil bersama-sama dengan pad sesentuh pada bahagian papan kekunci. Dalam kod ini, turut mencadangkan konsep skrin diluar untuk mod tablet, tetapi kod lain mencadangkan seperti komputer riba biasa tanpa mod tablet dengan kedua-dua skrin di dalamnya.
Kod nama projek ini adalah Palkia yang mana disenaraikan sebagai projek POC iaitu Proof of Concept – ini bermakna semua kod ini adalah cadangan berasaskan satu konsep sahaja dan tiada prototaip atau produk sebenar. Google hanya bersedia dengan kemungkinan besar, ia boleh menjadi realiti sebagai produk sebenar. Chrome OS sudah pun ada Android terbina, yang mana kita tahu berkebolehan membuat multi-tugasan, berfungsi pada multi-skrin atau juga dijadikan sebagai mod desktop. Jadi, kelak tidak hairan jika Chrome OS akan hadir pada komputer riba dengan dwi-skrin.