Spesifikasi Dan Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy Note 20 Ultra Tertiris Sepenuhnya

Spesifikasi Dan Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy Note 20 Ultra Tertiris Sepenuhnya

Diterbitkan pada July 22, 2020 oleh .

Tepat seperti jangkaan, spesifikasi dan imej pengolokan penuh Samsung Galaxy Note 20 Ultra akan tertiris sebelum acara Unpacked. Seperti tahun lalu sumber ketirisan maklumat ini adalah dari laman Winfuture.de. Mari kita mulakan dengan spesifikasi penuh peranti Note 20 paling mercu tahu ini,

Pertama sekali ialah skrin 6,9″ Dynamic AMOLED WQHD yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Permukaan skrin menggunakan kaca Gorilla 7 yang amat tahan lasak bagi mengelakkan calar. Seterusnya ia dipadankan dengan cip Exynos 990, memori sebesar 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4500 mAh. Penggunaan cip Exynos adalah untuk pasaran Eropah dan Asia Tenggara. Pada pasaran lain cip Snapdragon 865+ dipercayai akan digunakan,

Seterusnya ialah kamera utama 108 megapixel f/1.8, kamera 12 megapixel f/2.2 ultra sudut lebar dan 12 megapixel f/3.0 dengan zum periskop lengkap dengan zum optikal sehingga 5x. Sistem pemfokusan laser turut disertakan untuk kamera belakang. Bergerak ke hadapan sebuah kamera swafoto 10 megapixel disertakan.

Kemampuan zum pada Note 20 Ultra adalah sehingga 50X sahaja tidak seperti S20 Ultra 5G yang menyokong zum sehingga 100X. Seperti siri S20, Note 20 mampu merakam vide sehingga resolusi 8K.

Penambahbaikan dilakukan pada S Pen yang kini mempunyai sela masa 9ms sahaja untuk lakaran yang lebih jitu. Akhir sekali sistem pengecasan pantas menjamin bateri ke tahap 50% selepas 30 minit pengecasan. Samsung Galaxy Note 20 Ultra akan dilancarkan pada 5 Ogos kelak di acara Unpacked. WinFuture,de mempunyai rekod meniriskan maklumat yang baik dan kami percaya ini ialah spesifikasi akhir peranti.



TIPS & ULASAN