Cari @ Amanz

Samsung Akan Melangsungkan Acara Life Unstoppable Pada 2 September Sebagai Ganti IFA

Link Copied!

Samsung pagi ini mengesahkan acara Life Unstoppable akan dilangsungkan pada 2 September depan. Acara ini berlangsung kira-kira sebulan selepas acara tahunan Galaxy Unpacked 2020 pada 5 Ogos hadapan dan dilihat sebagai ganti kepada acara IFA 2020 yang tidak dihadiri mereka kerana Covid-19.

Bertemakan Life Unstoppable‘, ramai meramalkan pada acara kali ini Samsung mungkin akan lebih tertumpu kepada produk seperti televisyen, audio dan perkakasan rumah pintar di bawah payung ekosistem peranti berhubung mereka. Tahun lalu di IFA mereka mengumumkan beberapa model baharu televisyen pintar 8K serta perancangan teknologi 5G.

Difahamkan, acara ini akan diadakan secara atas-talian dengan pengalaman interaktif digital yang unik. Anda juga teruja? Untuk ketahui lebih lanjut, kita tunggu acara pelancaran rasmi kelak.


Komen ()