Peranti Misteri Nokia Terbaru Dengan Skrin 5.99″ Kini Tertiris

Peranti Misteri Nokia Terbaru Dengan Skrin 5.99″ Kini Tertiris

Diterbitkan pada July 22, 2020 oleh .

Meskipun kini Nokia mungkin bukan lagi pilihan utama untuk kebanyakan pengguna. Namun, ia bukan alasan untuk jenama legend ini tidak memberikan yang terbaik . Malah, jenama ini dilihat tetap hadir dengan pelbagai produk baharu sebagai pilihan buat pengguna.

Terkini, sebuah peranti misteri terbaru daripada Nokia dikatakan telah tertiris dan ditemui menerusi laman TEENA. Penyenaraian memperlihatkan peranti ini muncul dengan kod model TA-1258 dan membawakan skrin bersaiz 5.99-inci dengan dimensi 159.6 x 77 x 8.5mm. Selain itu, ia juga dikhabarkan dilengkapi dengan sokongan 4G dan bateri berkapasiti 3,040mAh.

Tiada lagi maklumat lain yang ditemui dan kita mungkin akan mendengar dengan lebih lanjut pada masa akan datang. Ramai berspekulasi dengan mengaitkan peranti ini sebagai Nokia 2.4 iaitu sebuah lagi peranti kelas permulaan daripada Nokia yang pernah tertiris di laman Geekbench sebelum ini. Pun begitu, ia hanya sekadar satu spekulasi awal.



Paling Popular