Instagram Memperkenalkan Ciri Mengumpul Dana Peribadi

Instagram Memperkenalkan Ciri Mengumpul Dana Peribadi

Diterbitkan pada July 22, 2020 oleh .

Sejak wabak Covid-19 merebak ke seluruh dunia, kerap sekali melihat individu cuba mengumpulkan dana untuk pelbagai tujuan seperti membantu insan yang memerlukan dan meminta bantuan kerana kehilangan pekerjaan. Bermula minggu ini, pengguna Instagram di beberapa negara dibenarkan untuk mengumpul dana peribadi terus dari dalam aplikasi.

Ciri yang diberi nama Personal Fundraiser ini boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat, Ireland dan UK. Pada profil pengguna hanya perlu melakukan suntingan dan memilih untuk memulakan pengumpulan dana peribadi. Setiap kempen untuk mengumpul dana perlu melepasi saringan dari pihak Instagram terlebih dahulu.

Tempoh mengumpul dana ialah sehingga 30 hari dan boleh dilanjutkan lagi selama 30 hari sekiranya perlu. Kesemua bentuk pembayaran perlu menerusi sistem Facebook Pay yang diperkenalkan November tahun lalu bagi mengelakkan penipuan. Pada waktu ini Personal Fundraiser hanya boleh diakses pengguna aplikasi Android di A.S, Ireland dan UK terlebih dahulu.

Pada hemat kami ciri ini harus diberikan dengan segera ke peringkat global. Terlalu banyak kempen pengumpulan dana yang tular di Malaysia kemudiannya didedahkan adalah penipuan. Wang yang didermakan terus ke akaun peribadi kemudiannya digunakan untuk membusung oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



TIPS & ULASAN