Snap Mencatatkan Pertumbuhan Dalam Jumlah Pengguna Sepanjang Wabak COVID-19

Snap Mencatatkan Pertumbuhan Dalam Jumlah Pengguna Sepanjang Wabak COVID-19

Diterbitkan pada July 22, 2020 oleh .

Snap, syarikat dibelakang perkhidmatan media sosial dan video pendek Snapchat baru-baru ini telah mengadakan sidang pemegang saham suku kedua 2020 dimana mereka mengumumkan peningkatan dari segi jumlah pengguna dan juga keuntungan untuk suku tersebut.

Menurut Derek Anderson, Ketua Pegawai Kewangan Snap, Snapchat telah mencatatkan peningkatan pengguna seramai 9 juta sehari, disamping pendapatan sebanyak $454 juta tahun demi tahun. berbanding suku yang sama pada tahun lepas.

Dari segi jumlah pengguna, Derek Anderson turut berkata bahawa bahawa wabak COVID-19 ini banyak memberi kesan terhadap syarikat tersebut. Pada bulan Januari dan Februari 2020, Snapchat mencatatkan peningkatan pengguna tahun-ke-tahun sebanyak 58 peratus, tetapi jumlah tersebut menurun kepada 25 peratus pada bulan Mac.

Walaupun begitu, Snapchat turut merekodkan jumlah penggunaan aplikasi yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Para pengguna aplikasi ini dikatakan menggunakan aplikasi tersebut sebanyak 30 kali secara purata sehari dan menggunakan ciri-ciri seperti realiti imbuhan dan permainan-permainan yang terbina setiap hari.

Walaupun begitu, Snap berkata bahawa unjuran masa hadpan terdekat ini masih lagi kabur. Wabak COVID-19 yang masih lagi berleluasa secara global dan ketidaksudian klien membelanjakan wang untuk pengiklanan berkemungkinan akan menjejaskan keuntungan syarikat tersebut dalam masa terdekat ini.



Paling Popular