Cari @ Amanz

Oppo Reno4 Pro yang akan dilancarkan untuk pasaran global kelak berbeza dengan yang dilancarkan untuk pasaran global. Menerusi imej acah yang dikongsi oleh pihak Oppo Malaysia sebelum ini, sistem kuad-kamera digunakan berbanding tri-kamera. Hari ini beberapa imej pengolokan rasmi peranti telah tertiris menerusi laman PlayfuDroid.

Peranti nampaknya hadir dalam dua warna iaitu kelabu dan putih. Pada bahagian hadapan tiada perbezaan dilihat dengan terdapat sebuah lubang kamera pada bucu atas kiri dan sisi skrin yang melengkung. Pada bahagian belakang empat kamera utama disusun menegak di dalam bonggol yang agak besar. Kesemua saiz lensa nampaknya sekata.

Selain itu kedengaran perubahan akan turut dilakukan pada cip pemproses. Untuk model global, Reno4 Pro dikhabarkan menggunakan cip Snapdragon 720G dan bukannya 765G. Ini juga bermakna untuk versi global tiada sokongan untuk rangkaian 5G.

Misteri mengenai spesifikasi lengkap akan diketahui menjelang pelancarannya di Malaysia yang masih belum diumumkan. Di India ia walau bagaimanapun akan dilancarkan pada 31 Julai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd