Jelly 2 – Telefon Android 10 Yang Terkecil Didunia Dengan Skrin Bersaiz 3-inci

Jelly 2 – Telefon Android 10 Yang Terkecil Didunia Dengan Skrin Bersaiz 3-inci

Diterbitkan pada July 22, 2020 oleh .

Pada tahun 2017 yang lepas, telefon pintar Unihertz Jelly telah diperkenalkan dan dijenamakan sebagai telefon pintar 4G terkecil di dunia. Kini, selang beberapa tahun, pembangunnya telah pun hadir dengan kemaskini untuk telefon pintar tersebut, dinamakan Jelly 2.

Jelly 2 hadir dengan skrin bersaiz 3-inci, dan rekaan yang sangat kompak. Sebagai perbandingan, ia menawarkan saiz sebesar sebuah kad kredit.

Jelly 2

Melengkapkan telefon pintar bersaiz kecil ini adalah cip Helio P60 dan bateri 2000mAh. Telefon ini menjalankan Android 10 bersama-sama dengannya. Melengkapkan ia juga adalah kamera 16-megapixel dibelakang, dan 8-megapixel dihadapan.

Secara keseluruhan, boleh dikatakan telefon pintar ini ditujukan untuk penggunaan am sahaja, dan tidak menawarkan prestasi yang baik untuk permua dan sebagainya. Tetapi dengan skrin yang bersaiz kecil sendiri, semestinya anda sendiri tidak ingin memainkan permua, menikmati video dan sebagainya pada skrin berkenaan.

Buat masa ini, Jelly 2 sedang melalui program biayasama di Kickstarter bermula pada harga $129 (~RM548). Bagi anda, adakah ia berbaloi untuk dibeli?



Paling Popular