Cari @ Amanz

Apabila memberi sebuah peranti mercu, pengguna selalu mengharap tiada masalah besar akan berlaku sepanjang tempoh ia digunakan. Tetapi bagi sebilangan kecil pemilik Google Pixel 4 XL, mereka kini melaporkan masalah panel kaca belakang yang tertanggal secara tiba-tiba.

Rungutan dilihat di dalam laman Reddit dan laman rasmi Google sendiri. Apabila ia berlaku, panel belakang akan tertanggal dari bingkai tubuh bermula dari bahagian bucu atas. Terdapat spekulasi awal ini berlaku kerana bateri yang mengembung. Tekanan bateri didakwa menolak panel kaca sehingga tertanggal.

Berita baik di sini ialah Google telah mendengar rungutan pengguna dan memulakan siasatan ke atas masalah yang dilaporkan. Menurut Google ia tiada kena mengena dengan bateri yang menggelembung tetapi sebaliknya adalah kerana gam yang tertanggal.

Sekiranya anda mengalami masalah ini, Google meminta anda memulangkan peranti ke pusat khidmat pelanggan untuk menuntut jaminan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd