Cari @ Amanz

Lenovo hari ini telah melancarkan telefon pintar permua yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia dibawah siri Legion, iaitu Lenovo Legion Duel.

Telefon pintar ini akan mencabar sejumlah telefon pintar permua dipasaran, termasuk ASUS ROG Phone, Razer Phone, BlackShark dan sebagainya.

Lenovo Legion Duel hadir dengan skrin 6.59-inci pada kadar segar semula 144Hz, dijana cip Snapdragon 865 Plus, menawarkan memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 512GB.

Telefon pintar ini turut hadir dengan bateri 5000mAh, selain dilengkapi sokongan pengecasan pantas 90W Turbo Power Charging. Lenovo Legion Duel menjayakan perkara ini dengan menggunakan dua port USB-C berbeza pada waktu yang sama, sekaligus mengecas bateri dengan pantas. Bateri dibahagikan kepada dua, dan pengecasan akan dapat dilakukan dengan lebih pantas dengan menggunakan dua port berbeza ini.

Lenovo Legion Duel

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan dwi-kamera belakang gabungan 64MP + 16MP, selain kamera hadapan 20-megapixel. Menariknya, kamera hadapan adalah berbentuk pop-naik, dan diletakkan pada bahagian tepi peranti.

Telefon pintar ini turut menawarkan empat-mikrofon, dan sokongan dwi-stereo dihadapan untuk pengalaman permua yang baik melaluinya. Ia dijana dengan sistem operasi Android 10 berasaskan antaramuka Legion OS.

Lenovo Legion Duel

Buat masa ini, harga jualan tempatannya masih tidak diketahui lagi. Lenovo telah mengatakan ia akan memasuki pasaran tempatan dalam tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd