Sebilangan Pelabur TikTok Dilaporkan Ingin Membeli Syarikat Dari Bytedance

Sebilangan Pelabur TikTok Dilaporkan Ingin Membeli Syarikat Dari Bytedance

Diterbitkan pada July 23, 2020 oleh .

Ketika aplikasi dilaporkan ingin diharamkan di Amerika Syarikat, mula kedengaran sebilangan pelabur kini merancang untuk membeli majoriti saham syarikat dari Bytedance. Menurut laporan The Information, General Atlantic dan Sequoia Capital telah melakukan pertemuan dengan wakil tertinggi Bytedance untuk mengambil alih majoriti saham syarikat.

Pengasas Bytedance tidak menolak kemungkinan menjual TikTok bagi membolehkan ia terus beroperasi. Malahan ini adalah antara cadangan awal yang diberikan kerana sekiranya ia beroperasi sebagai syarikat baharu, tuduhan TikTok memberikan data pengguna kepada China akan dapat dihentikan.

Tekanan ke atas TikTok meningkat minggu ini apabila ia diharamkan dari dipasang pada peranti milik penjawat awam dan anggota tentera A.S. Di India pula ia dan beberapa lagi aplikasi dari China telahpun diharamkan selepas berlaku pertelingkahan di antara tentera kedua-dua negara



TIPS & ULASAN