Carian
Logitech Dan Herman Miller Memperkenalkan Kerusi Gaming Premium Embody Gaming Chair
July 23, 2020 Nazrin

Apabila bercakap tentang kerusi gaming, rekaan perabot tersebut boleh dikatakan serupa diantara pelbagai jenis jenama, tidak kira premium ataupun mampu-milik.

Logitech, bersama-sama dengan jenama perabot pejabat premium Herman Miller baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah siri perabot gamer yang lain daripada yang lain untuk mereka yang mampu memilikinya.

Salah satu daripadanya ialah kerusi gaming Embody Gaming Chair, dimana Logitech dan Herman Miller mengambil masa dua tahun untuk menyelidik golongan atlit e-sukan dan penstrim tentang postur dan cara duduk mereka.

Melalui penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa golongan ini biasanya berada dalam keadaan duduk tiga kali lebih lama berbanding dengan pekerja pejabat.

Menggunakan rekaan ergonomik Herman Miller, kerusi Embody Chair ini direka khusus untuk memastikan tulang belakang sentiasa berada dalam postur yang betul walaupun pengguna duduk diatas kerusi tersebut untuk satu jangka-masa yang sangat lama.

Kerusi ini mempunyai pelbagai tombol dan tuas yang boleh digunakan untuk mengubahsuai posisi kedudukan tempat duduk untuk keselesaan jangka-masa panjang.

Misalnya tempat duduknya pula diperbuat daripada bahan span yang disuntik dengan zarah tembaga yang mengurangkan penyerapan haba, dan rangkanya direka untuk mengagihkan berat badan secara sekata ke seluruh kerusi.

Kerusi Embody Gaming Chair ini boleh dibeli melalui laman web Herman Miller Gaming pada harga $1495 ataupun sekitar RM6000.

Komen