MediaTek Dimensity 720 Dilancarkan – Sebuah Lagi Cip 5G Kelas Pertengahan 7nm

MediaTek Dimensity 720 Dilancarkan – Sebuah Lagi Cip 5G Kelas Pertengahan 7nm

Diterbitkan pada July 23, 2020 oleh .

Sepertimana yang kita dapat lihat, MediaTek kini turut seiring dengan perubahan teknologi yang semakin pesat dengan memperkenalkan lebih banyak cip dengan sokongan rangkaian 5G. Terkini, mereka dilihat memperluaskannya lagi dengan sebuah lagi cip di bawah siri Dimensity menerusi kemunculan MediaTek Dimensity 720.

Cip pemproses ini menggunakan binaan berasaskan 7nm dengan modem 5G yang menyokong 2CC CA bersama sokongan sub-6GHz. Selain modem 5G terbina, MediaTek 5G UltraSave yang menyediakan pelbagai teknologi penjimatan kuasa tambahan. Ia juga dilengkapi konfigurasi 8-teras dengan dua teras Cortex A76 pada kelajuan sehingga 2.0GHz dan enam teras lagi Cortex-A55. Untuk GPU pula, ia menggunakan ARM Mali G57 MC3.

Seterusnya, sokongan skrin adalah sehingga 90Hz pada resolusi sehingga 2520 x 1080, selain turut menyokong paparan HDR10+. Cip ini juga menyokong sistem kamera sehingga 64-Megapixel untuk satu modul atau persediaan dwi-kamera terhad pada 20-Megapixel + 16-Megapixel dengan rakaman video sehingga 4K 30FPS.

MediaTek Dimensity 720 juga menyokong memori yang terhad pada LPDDR4 (sehingga 12GB) dan storan berasaskan UFS2.2. Sokongan pembantu suara pintar juga dipertingkatkan dengan pelbagai penambahbaikan. Melalui penawaran sebegini, kita boleh lihat bahawasanya MediaTek Dimensity 720 bersaing seiring dengan Snapdragon 765G dan Kirin 820 5G kerana ketiga-tiganya dilengkapi CPU berasaskan Cortex-A76 dan Cortex-A55.



TIPS & ULASAN