Cari @ Amanz

Pada tahun lepas, kerajaan Amerika Syarikat telah mengumumkan sayap terbaru dalam angkatan tentera mereka yang dinamakan United States Space Force.

Baru-baru ini, rekaan jata Space Force tersebut telah diperlihatkan, dan bersama-sama dengannya, motto angkatan angkasa lepas tersebut juga.

Space Force menggunakan logo “Delta” yang digunakan oleh United States Air Force sejak tahun 1960an, dan walaupun Space Force adalah cabang ketenteraannya sendiri, mereka masih lagi mengambil ilham daripada bentuk tersebut.

Penjelasan mengenai jata Space Force juga diperlihatkan melalui laman web US Space Force, seperti mengapa logo Delta digunakan, dan boleh dibaca di laman web mereka.

Motto US Space Force turut diperlihatkan,dan ia adalah Semper Supra, ataupun dalam Bahasa Inggeris, Always Above.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd