Cari @ Amanz

Realme masih lagi belum berusia dua tahun jagung tetapi jenama ini sudah semakin dikenali khususnya di Malaysia kerana penawaran harga yang agak menarik. Sempena menyambut ulang tahunnya yang kedua, Realme mengesahkan setakat ini mereka telah mempunyai 40 juta pengguna global setakat ini.

Angka jualan dicapai selepas peranti dipasarkan di 59 pasaran di seluruh dunia. Pada waktu yang sama menurut Realme lagi mereka kini di antara lima jenama dengan pegangan terbesar di sembilan pasaran dan adalah jenama ketujuh terbesar dalam dunia telefon pintar. Sejak mula bergerak secara kendiri di luar Oppo, Realme tampak agresif memasarkan peranti mereka sehingga dilihat mengancam jenama bersaudara mereka seperti Vivo, iQoo dan OnePlus.

Tahun ini mereka sudah mula menawarkan peranti mercu dengan Snapdragon 865. Pada 25 Mei kelak mereka akan mengembangkan portfolio dengan penawaran jam tangan pintar, televisyen dan peranti untuk permua pula.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd