Facebook kini dilihat sedang menguji rekaan baru untuk Facebook Pages, dimana ia lebih dioptimasikan untuk paparan peranti mudah-alih seumpama pelbagai profil media sosial yang lain. pada masa yang sama, rekaan baru ini juga membuang penggunaan butang Like yang sinonim dengan Facebook Pages sebelum ini.
Menggantikan penggunaan butang Like, dan kiraan Like adalah Follow.
Melalui rekaan baru, Facebook Pages dilihat hanya memaparkan butang Follow, dan angka kiraan untuk Follow berkenaan.
Rekaan baru ini dilihat lebih kemas berbanding sebelum ini, dan penggunaan angka Follow dikatakan menunjukkan berapa ramai yang benar-benar mengikuti perkongsian daripada Facebook Pages berkenaan.
Buat masa ini, rekaan ini hanya diuji secara berperingkat dikalangan sejumlah kecil pengguna.