Monitor Asus ROG Strix XG16 Dilancarkan Dengan Skrin 144Hz

Monitor Asus ROG Strix XG16 Dilancarkan Dengan Skrin 144Hz

Diterbitkan pada July 23, 2020 oleh .

Selain daripada Asus ROG Phone 3 dan Asus ROG Phone 3 Strix, jenama daripada Taiwan ini turut muncul dengan monitor permua dikenali sebagai Asus ROG Strix XG16. Ia dipasarkan sebagai sebuah monitor mudah alih untuk penggemar permainan video di PC, konsol dan peranti untuk permua.

Asus ROG Strix XG16 membawakan paparan berukuran 15.6-inci IPS dengan sokongan kadar segar semula mencecah 144Hz. Ia juga dibekalkan dengan bateri berkapasiti 7,800mAh yang tersedia pasang pada peranti. Selain itu, Asus ROG Strix XG16 juga dilengkapi dua port USB-C dan satu port HDMI mikro- yang menyediakan sambungan fleksibel dan kemampuan untuk mengecas ketika bermain. Ia juga disertakan dengan dua pembesar suara dan bicu audio 3.5mm untuk pengalaman audio yang lebih menyeluruh.

Asus ROG Strix XG16 turut hadir dengan tongkat terbina yang membolehkan skrin disendengkan sehingga 70 darjah dan juga membolehkan ia diletakkan pada kedudukan menegak. Pada masa sama, monitor ini juga dikatakan serasi dengan penggunaan ROG Tripod. Buat masa ini, harga jualan masih belum diumumkan lagi.



TIPS & ULASAN