Facebook Kini Membolehkan Anda Menyiarkan Secara Langsung Panggilan Melalui Messenger Room

Facebook Kini Membolehkan Anda Menyiarkan Secara Langsung Panggilan Melalui Messenger Room

Diterbitkan pada July 23, 2020 oleh .

Facebook sebelum ini telah pun memperkenalkan perkhidmatan panggilan video dinamakan Messenger Room – membolehkan anda membuat panggilan video melibatkan sehingga 50 orang pada sesuatu masa.

Messenger Rooms

Ia secara tidak langsung, turut bersaing dengan Zoom dalam arena telesidang. Selari dengannya juga, kini Facebook turut mengumumkan penambahan ciri untuk menyiarkan sesuatu panggilan berkenaan secara langsung melalui penstriman Facebook Live.

Dengan langkah ini, pengguna boleh menggunakan Messenger Room untuk melakukan temuramah, perbincangan dan sebagainya – dan siarkan ia secara langsung kepada tontonan umum. Hal ini sekaligus mengelak keperluan menggunakan Zoom dan perkhidmatan lain dengan ciri lebih kurang sama.

Pengguna yang memulakan panggilan Messenger Room boleh memilih untuk membuat siaran sama ada pada profil, Facebook Page atau Facebook Group. Seperti biasa, anda turut boleh mengawal siapa yang dapat menonton sesuatu panggilan dan sebagainya.

Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat pada Messenger Room bermula hari ini.



TIPS & ULASAN