Cari @ Amanz

Pada bulan Mac lepas, Google telah mengumumkan mereka akan mula mengutamakan kandungan mesra peranti mudah-alih pada laman hasil keputusan carian bermula September 2020 kelak. Namun, disebabkan oleh penularan dan norma baharu hari ini, Google mengumumkan kini mereka menangguhkan pengenalan ciri berkenaan.


Google mengatakan mereka kini menjadualkan memperkenalkan perubahan ini pada enjin carian mereka pada Mac 2021 kelak.

Google megatakan dengan keadaan mencabar pada masa kini, ia mungkin menyukarkan pelbagai pihak untuk membuat pengoptimasian dan sebagainya – sekaligus menangguhkan pengenalan ciri baru ini.

Google sebelum ini mengatakan sekitar 70% daripada laman yang dipaparkan pada hasil carian Google telah dioptimasikan untuk skrin mudah-alih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd