Xiaomi Mi Smart Band 5 Berharga RM169 Di Malaysia

Xiaomi Mi Smart Band 5 Berharga RM169 Di Malaysia

Diterbitkan pada July 24, 2020 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran gelang tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Mi Smart Band 5. Ditawarkan melalui kedai atas-talian bermula hari ini, Mi Smart Band 5 membawakan tanda harga RM169 untuk pasaran Malaysia.

Mi Band 5

Mi Smart Band 5 hadir dengan skrin 1.1-inci AMOLED berwarna, menawarkan paparan pelbagai tema muka jam menarik, selain turut hadir dengan sensor pemantauan kadar denyutan nadi yang lebih jitu. Disamping itu, kini anda tidak lagi perlu menanggalkan tali gelang untuk membuat pengecasan.

Mi Smart Band 5 turut menawarkan mod pemantauan aktiviti untuk sejumlah aktiviti baru, selain dikatakan menawarkan masa bertahan bateri sehingga 14 hari lamanya.

Mi Smart Band 5 boleh digunakan bersama peranti Android dan iOS.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya pada harga RM169 bermula hari ini.

Beli : Mi Smart Band 5



TIPS & ULASAN