Cari @ Amanz

Perkhidmatan dan operasi Garmin hari ni mengalami gangguan di peringkat global akibat serangan perisian tebusan. Garmin mengesahkan aplikasi Garmin Connect serta khidmat bantuan pelanggan mereka kini tidak beroperasi dan sedang cuba untuk memulihkannya secepat mungkin.

Akibatnya pengguna tidak dapat merekod aktiviti larian atau berbasikal yang sepatutnya dicatatkan secara automatik pada aplikasi. Tambah serius serangan ini juga mengakibatkan laman rasmi dan pengilangan peranti mereka di Asia terganggu. Menurut laporan laman IT Home pula, gangguan dijangka berlarutan sehingga 25 Julai dengan usaha untuk mengembalikan perkhidmatan sedang dilakukan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd