Oppo Memperkenalkan Oppo A31 Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM599

Oppo Memperkenalkan Oppo A31 Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM599

Diterbitkan pada July 24, 2020 oleh .

Oppo Malaysia kini telah membawa masuk satu lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran Malaysia, iaitu Oppo A31. Telefon pintar ini hadir dengan skrin besar dan spesifikasi pertengahan, dan ditawarkan pada harga RM599.

Oppo A31

Oppo A31 menggunakan skrin 6.5-inci bertakuk kecil, dilengkapi dengan memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Telefon pintar ini turut hadir dengan bateri 4230mAh. Oppo A31 menggunakan cip MediaTek Helio P35 lapan-teras 2.3Ghz.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang gabungan 12MP + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman). Disamping itu, untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 8-megapixel dihadapan.

Menjalankan peranti ini adalah ColorOS 6.1 berasaskan kepada Android 9.0.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM599 melalui pengedar rasmi Oppo seluruh negara.



TIPS & ULASAN