Pengeluaran CPU 7nm Intel Tertangguh Ke Tahun 2023

Pengeluaran CPU 7nm Intel Tertangguh Ke Tahun 2023

Diterbitkan pada July 24, 2020 oleh .

Intel baru-baru ini telah melancarkan siri CPU Intel Core generasi kesepuluh mereka, tetapi walaupun ia mencatatkan prestasi lebih baik berbanding keluaran mereka sebelum ini, ia masih lagi menggunakan binaan proses 14nm yang agak usang.

Terkini, Intel telah mengumumkan melalui perjumpaan pemegang saham mereka bahawa siri CPU Intel yang dibangunkan menggunakan proses 7nm akan tergendala, dan hanya akan diperlihatkan sekitar penghujung tahun 2022 ataupun awal 2023.

Bob Swan, ketua pegawai eksekutif Intel mengatakan bahawa ini adalah kerana jumlah pengeluaran yang rendah dan juga kerentanan yang ditemui pada proses yang digunakan, dan ini akan menyebabkan syarikat tersebut mundur enam ke 12 bulan kebelakang untuk memperbaiki isu ini.

Walaupun begitu, pelan Intel untuk mengeluarkan CPU 10nm seperti Tiger Lake dan Alder Lake pada penghujung tahun ini dan pertengahan tahun hadapan masih lagi berada di landasan yang telah ditetapkan.



TIPS & ULASAN