Pada Mac lalu Oppo Watch telah dilancarkan di China sebagai jam tangan pintar pertama keluaran mereka. Dengan rekaan yang menarik, kami melihat ramai yang menantikan pelancarannya di Malaysia. Menurut laporan Engadget semalam, Oppo Watch versi global akan dilancarkan pada 31 Julai lengkap dengan sistem operasi Watch OS.
Ini adalah berbeza dengan versi asal yang menggunakan pelancar ColorOS. Seperti Xiaomi, Google membenarkan pengeluar di China untuk menggunakan pelancar pada jam tangan pintar mereka.
Oppo Watch dilengkapi skrin1.91-inci melengkung dengan sokongan warna 100% DCI-P3, cip pemproses Snapdragon Wear 2500,memori sebesar 1 GB RAM dan storan sebesar 8GB. Terdapat sensor pengesan nadi. ECG dan menjejak corak tidur.
Dengan bateri sebesar 300 mAh, jam tangan pintar ini boleh beroperasi sehingga 14 hari. Melengkapi spesifikasi ialah sokongan eSIM secara terbina. Sebelum ini di China ia ditawarkan pada harga RMB 1,999 (~RM 1200) yang boleh dikatakan tinggi kerana ia menggunakan cip yang sudah berusia dua tahun.