Cari @ Amanz

Selepas memperkenalkan Huntsman Mini, Razer kini muncul dengan sebuah lagi papan kekunci terbaru menerusi pengenalan Razer Cynosa V2 pula. Sebuah lagi papan kekunci membran yang dilengkapi sistem lampu LED Razer Chroma, dengan tumpuan kepada terletak pada sokongan kawalan media yang khusus.

Seperti sejumlah papan kekunci Razer sebelum ini, sistem lampu LED ini boleh diprogramkan setiap kekuncinya mengikut pilihan pengguna sendiri menerusi perisian Razer Chroma. Bukan itu saja, ia juga didatangkan dengan sokongan kawalan media khusus dengan beberapa fungsi untuk kawalan yang mudah. Ia termasuklah butang untuk menjeda, main semula, henti, melangkau dan sebagainya. Ia juga didatangkan dengan empat pilihan kekunci seperti A.S, China, Jepun dan Thai.

Binaannya juga dikatakan kukuh dengan penggunaan bahan berkualiti tinggi yang tahan lama dan tahan panas. Selain, turut direka dengan alur tiga hala yang membolehkan pengguna memasukkan kabel bagi menjadikannya lebih kemas tanpa masalah wayar berserabut. Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga RM269 sebuah bermula 27 Julai ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd