Black Shark baru sahaja melancarkan Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro di pasaran Malaysia beberapa bulan lepas. Ia adalah peranti permua yang berkuasa, ada RGB, model Pro ada butang kawalan pop-naik, pengecasan bermagnet dan banyak lagi ciri/fungsi menarik. Peranti ini sering bersaing dengan Nubia Red Magic dan ROG Phone.
Terkini, Black Shark dilihat akan hadir dengan versi kemaskini – iaitu Black Shark 3S dan akan dijana dengan Snapdragon 865+ yang mana akan bersaing dengan Red Magic 5S dan ROG Phone 3 (bukan Strix). Informasi ini diperoleh melalui Weibo, yang mana CEO Black Shark meluahkan “Banyak benda yang berlaku dalam masa beberapa hari ini” menggunakan peranti Black Shark 3S. Jelas sekali apa yang beliau katakan adalah mengenai ROG Phone 3 dan Lenovo Legion Phone Duel.
Jika mengikut trend tahun lepas, Black Shark mungkin akan hadir dengan 3S ini dalam masa beberapa bulan lagi dan akan hadir dengan beberapa penambahbaikkan spesifikasi – mungkin pengecasan pantas 120W? Kerana Xiaomi sedang membangunkan pengecasan pantas ini dan Lenovo telah memperlihatkan kemampuan 90W? Jadi Black Shark perlu persembahkan sesuatu yang menarik. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.