Peranti Dwi-Skrin Microsoft Surface Duo Tiba Di Makmal Ujian FCC – Hadir Dengan Sokongan LTE

Peranti Dwi-Skrin Microsoft Surface Duo Tiba Di Makmal Ujian FCC – Hadir Dengan Sokongan LTE

Diterbitkan pada July 24, 2020 oleh .

Pada penghujung tahun lepas, Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan peranti dwi-skrin pertama mereka, Microsoft Surface Duo pada tahun ini.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa peranti dwi-skrin ini sedang diuji di makmal-makmal Federal Communications Commission (FCC) sebelum ia dilancarkan tidak lama lagi.

Surface Duo

Apa yang menarik mengenai peranti ini ialah ia adalah peranti dwi-skrin yang mempunyai cara penggunaan yang unik dan boleh dilipat 360 darjah.

Surface Duo

Dari video acah yang dilihat, ia menggerakkan sistem operasi Android yang diubahsuai untuk memuatkan pelbagai aplikasi dan ciri-ciri Microsoft sendiri.

Spesifikasi dalaman peranti Surface Duo ini belum diketahui, tetapi terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa ia dikuasakan oleh CPU Qualcomm Snapdragon 855 dengan storan SSD sebesar 256GB dan mempunyai sokongan untuk sambungan LTE.

Peranti Microsoft Surface Duo ini dijangka akan dilancarkan sekitar bulan September atau Oktober kelak.



TIPS & ULASAN